(April
6, 2013) Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Cina atau lebih dikenali sebagai
Mandarin Language & Culture Centre (MLCC) Unversiti Malaysia Pahang (UMP) bersama dengan SJKC Bukit Tinggi telah
menganjurkan Program Smart Partnership 2013 ---- Memantapkan
Kemahiran Bahasa Mandarin melalui strategi Cooperative Leraning.
Program tersebut telah dilangsungkan di SJKC
Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Seramai 60 orang peserta
mengambil bahagian dalam program ini. Mereka terdiri daripada 30 pelajar sekolah rendah dan 30 orang
mahasiswa UMP. Majlis perasmian diserikan oleh YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai,
Menteri Kesihatan Malaysia.
Dalam ucapan perasmian, Dato’Seri Liow menegaskan bahawa keunikan masyarakat
majmuk di Malaysia menyediakan satu persekitaran yang positif untuk mempelajari
pelbagai bahasa. Kebolehan menguasai bahasa kedua akan menjadi aset kepada seseorang, samada
dalam bidang ilmu atau pekerjaan. Beliau menceritakan pengalaman peribadi mempelajari
Bahasa Jepun semasa menuntut pelajaran
di UKM, walaupun Dato’ Seri Liow memperolehi gred A dalam ujian penulisan, Namun begitu, kekurangan peluang mempraktik pertuturan
bahasa tersebut menyebabkanbeliau tidak dapat menguasai Bahasa Jepun dengan
jayanya. Oleh yang demikian, beliau menasihati para hadirin supaya mengambil
inisiatif untuk mangamalkan penggunaan bahasa yang dipelajari.
Menurut Prof. Dr. Abd. Jalil Bin Borham, Dekan Pusat
Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, UMP. Objektif program ini ialah: 1.
Mengeratkan hubungan antara Universiti
Malaysia Pahang dengan SJKC Bukit Tinggi, 2. Memotivasikan pelajar-pelajar
dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin.3. mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar
mempraktikkan Bahasa Mandarin. Program ini meyediakan satu platform kepada para
pelajar untuk mengamalkan penggunaan Bahasa Mandarin dalam situasi sebenar
kehidupan harian. Beliau bertambah bahawa MLCC merupakan satu projek kolaborasi
antara UMP dengan Universiti HeBei, Negeri Cina, yang ditubuhkan pada awal
tahun 2011. Buat masa ini, terdapat 3 orang tenaga pengajar sukarelawan dari University
HeBei sedang berkhidmat di MLCC.
Penyelaras
Mandarin Language & Culture Centre (MLCC) ,
Encik Chong Ah Kow, menjelaskan bahawa program ini diadakan khas untuk para
mahasiswa yang sedang mengikuti kursus Bahasa Mandarin. Aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan adalah berfokus kepada penguasaan kemahiran mendengar &
bertutur. Adalah diharapkan dengan
program seperti ini, minat pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan Mahasiswa
bukan Cina dapat dipertingkatkan.
Guru besar SJKC Bukit Tinggi, En. Thum
Veng Keng berharap program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang
kepentingan memanipulasikan bahasa dalam komunikasi harian.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah
ketua kampung Bukit Tinggi, Encik Loo Yin Chen, Encik Chan Ah See sebagai pengurus
pegelola sekolah SJKC Bukit Tinggi, serta En. Chan Siew Kong selaku pengerusi PIBG
sekolah ini.
No comments:
Post a Comment